Sabtu, 20 September 2008

Salam Aidil Fitri - Buat Semua...


Raya datang lagi!!!

Itulah ungkapan yang akan terkeluar dari mulut ramai orang bila dah dekat nak beraya nie. Raya nie kan raya puasa, apa lagi, baliklah semua ke kampung halaman masing-masing (first time tak dapat balik beraya masa OPTIMAL Olefins start-up tahun 2001). Lepas tu aku sememangnya dapat beraya di kampung halaman (sendiri & wife - 1st raya akan alternate setiap tahun)

Dihari baik bulan baik nie, Kami sekeluarga (Anuar, CT, Zikry, Dina, Zaty & Haiqal) nak meluahkan perasaan gembira serta ucapan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" Minal Aidin wal Faizin kepada ibubapa & mertua, adik-beradik, pak & mak saudara, anak2 saudara, sepupu sepapat & semua rakan2 seperjuangan, rakan2 kerja se-office, rakan2 di dunia cyber & bloggers, rakan2 sejawatan, warga kerja OPTIMAL baik di Kerteh mahupun di DayaBumi KL, rakan2 lama di Titan Chem Pasir Gudang & di Yansab(SABIC, Yanbu KSA) ataupun di mana-mana jua di muka bumi Allah ini. Semoga diberkati rahmatNya selalu. Minta halalkan segala apa jua terutamanya bab termakan & terminum tu.. dengan menyusun sepuluh jari sekiranya ada terkasar bahasa & tersilap bicara dimohon kemaafan atas ketelanjuran kata...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Lebaran 1429H - Anuar Amaji