Rabu, 24 Disember 2008











kekadang macam tak sangka yang di negeri kita ni ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati contohnya di tepi pantai, pulau, air terjun, dll. Tapi kali ini saya ingin bercerita tentang suatu tempat yang mungkin agak menarik dimana seisi keluarga boleh datang melawat dan enjoy di sana iaitu di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang DM. Sebenarnya tidaklah terlalu mengujakan diri ini bila plan utama adalah untuk menghadiri majlis kahwin rakan se"office" di Felda Lakum, Lanchang, tetapi selepas selesai majlis tersebut rakan yang memandu kereta meluncur ke suatu tempat yang dirasakan 'eleh biasa jer" tetapi alamak, aku "under estimate" tempat nie laa... he! he!




kawasan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Perhilitan dan diuruskan dgn baik (agak bersih!!!). yang menarik nya kita dapat mendekatkan diri kita dengan anugerah tuhan iaitu alam semulajadi terhadap manusia dimana haiwan liar iaitu sang gajah telah dipulihara dan dijinakkan di sana. kalau tak caya. tengok gambar gambar ini....