Keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu berkemungkinan menjadi lebih buruk berikutan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Banjir juga berkemungkinan akan merebak ke beberapa kawasan lain di utara Semenanjung memandangkan hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.
Menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini, hujan sederhana dengan kadang- kala lebat dari semasa ke semasa akan berlaku di Kelantan dan Terengganu hingga ke waktu malam, Ahad ini.
“Antara daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.
“Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, amaran jingga dan keadaan hujan berterusan mampu menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai. - Utusan Online 1/12/08

p/s: memang pun, hujan kat area Paka ni tak berhenti2 sejak 2 hari lepas. Last banjir besar pada tahun 2004 (air sungai melimpah tebing dan menenggelamkan beberapa kawasan perumahan. Yg sadis nyer adalah folks dari Dungun tak leh datang kerja pasal terputus hubungan jalanraya semasa Quench Tower & CGC shutdown untuk repair work. Harap2 banjir kali ni tak seteruk dulu pasal sistem perparitan dah di "improve" kan di Paka nie. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan